Pertama

Izinkan saya berkongsi mengenari perniagaan Score A Programme oleh Syarikat Kenshido. Bukan mengenai produk/program, tetapi mengenai perniagaan berbilang tingkat yang diamalkan.

Perniagaan ini sah di sisi undang-undang, dan mendapat pengesahan Syariah. Apa yang saya ingin kongsikan amat berharga sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai perniagaan ini.

Saya adalah salah seorang ahli, dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk memberitahu keadaan sebenar perniagaan ini. Bukan tujuan saya untuk mengambil anda sebagai downline, dan saya tidak mahu sebab saya banyak komitmen lain dan tidak boleh servis kumpulan.

Jika anda berminat dengan program ini untuk digunakan oleh anak-anak, ya saya sanggup menjualnya sebab program ini sangat bagus.