Perniagaan dan Score A memang halal, dan sah dari segi Syariah. Sama halalnya dengan sepinggan nasi yang anda beli daripada restoran berhampiran.
Tetapi apa kata jika anda membeli nasi tersebut dengan duit hasil menjual minuman keras ataupun duit yang dicuri? Adakah nasi tersebut masih halal?
Kita selalu dengar, niat tidak menghalalkan cara. Jika seorang ibu tunggal yang menyara anak-anak dengan melacurkan diri, adakah halal pekerjaannya itu? Niatnya baik, hendak menyara anak-anak supaya dapat membesar dengan sihat dan akhirnya menjadi orang yang berguna. Tetapi sekali lagi fikirkanlah sama ada halal pekerjaannya itu.
Sebelum ada yang salah faham, biar saya maklumkan di sini, tiada salahnya menggunakan sistem Score A untuk anak-anak belajar kerana sistem itu memang bagus dan lengkap.
Yang saya maksudkan di sini ialah sistem perniagaan yang digunapakai oleh peniaga Score A yang dijalankan melalui pemasaran berbilang tingkat atau lebih dikenali sebagai Multi Level Marketing iaitu MLM.
Rata-rata apa yang selalu digembar-gemburkan di dalam sesi preview ataupun ketika seorang peniaga Score A ialah keuntungan yang boleh diraih sekiranya menjadi ahli MLM. Bahkan kad-kad perniagaan mereka juga ditukar daripada "bertumpu kepada penjualan (sales) dan rangkaian (network)" kepada "bertumpu kepada rangkaian (network)".
Score A bukan seperti MLM lain di mana bonus hasil penjualan dikongsi oleh beberapa peringkat. Peniaga hanya untung RM50 untuk penjualan satu top-up/reload secara runcit. Oleh itu mereka lebih berminat dan tertumpu kepada rangkaian di mana bonus untuk mendapatkan peniaga baru boleh mencecah ribuan ringgit.
Secara kasarnya peniaga baru membayar harga ribuan ringgit itu untuk membeli produk iaitu kad aktivasi dan top-up. Secara sebenar-benarnya, sebahagian besar duit jualan tersebut ditelan oleh Kenshido dan sebahagian lagi diberi kepada peniaga yang memperkenalkan peniaga baru tersebut.
Indah khabar dari rupa, peniaga yang baru masuk itu mesti menjalankan tugas sepertimana orang yang memperkenalkannya. Janji manis seperti, "kita satu kumpulan", "bantu-membantu", "ini perniagaan untuk orang tiada masa" menjadi tahi.
Selepas masuk, janji tinggal janji. "Upline ramai lagi downline kena bantu", "jangan manja", "wajib datang setiap meeting".
Ini kisah benar, ramai yang cuma berbaik-baik dan berkawan-kawan disebabkan oleh perniagaan ini. Setelah seorang peniaga tidak hadir beberapa kali disebabkan kesibukan hidup, peniaga lain ini akan kerap mengutuk dan mencerca di belakang, dan akhirnya terus malas untuk membantu. Langkah pertama mereka mungkin semudah membuang anda dari senarai rakan di Facebook.
Sistem perniagaan ini dijalankan melalui Internet. Berapa ramaikah orang di negeri Kedah yang pekerjaan mengusahakan bendang (sawah padi) yang boleh menggunakan Internet? Jika upline tiada masa, siapa nak bantu mereka? Jika upline yang uruskan akaun mereka, bila-bila masa upline boleh manipulasi akaun mereka dan maksimakan untung kepada akaun upline.
Latihan pun tiada yang betul-betul berguna dan balik-balik ulang benda yang sama. Tiada yang membantu melatih kemahiran bercakap ataupun membuat sales. Mahal pula kos latihan.
Dalam 10 orang yang direkrut di luar bandar Kedah (sebagai contoh sahaja), berapa orang yang dapat balik modal? Tak payah cerita pasal untung lagi, balik modal... berapa orang balik modal?
Pada hujungnya tidakkah upline makan duit downline yang terseksa membayar ribuan ringgit tanpa pulangan?
Halalkah itu? Fikir-fikirkan sebelum anda sign borang tersebut dan memberi ribuan ringgit kepada mereka. Jika anda seorang yang mahir dalam membuat sales sekalipun, anda fikir dulu sama ada halal duit yang anda nak dapat tu. Baik kekal di dalam perniagaan halal yang anda buat tu...
Kalau nak pakai untuk anak-anak, beli sahaja kad tu.
Score A Programme Kenshido
Duplikasi
Segalanya berpusat pada satu perkataan - duplikasi.
Oleh itu di dalam perniagaan MLM ramai orang yang akan mencatat segala yang mereka dengar dan mengulang kembali kepada downline. Padahal dia pun tidak tahu apa-apa mengenai perkara yang dikatakannya tersebut.
Setiap sesi preview, ada 90% perkara yang diulang.
Setiap kali downline mengadu, upline akan mengeluarkan satu cerita mengenai orang lain yang pernah mengalami kesusahan. Ini adalah supaya anda rasa anda tidak susah mana.
Pada saya, jika saya mengadu, saya sekadar inginkan upline memahami situasi saya dan memberikan kata-kata semangat. Bukan saya mahu cerita. Kalau saya mahu cerita, adalah lebih baik saya pergi tonton HBO HD atau membaca buku Hikayat Sang Kancil.
Ini adalah salah satu contoh duplikasi secara buta, yang diamalkan oleh kebanyakan leaders.
Jika kita mengeluh, dia kata, "buat saja" atau "just do it". Bila kita kata tak suka jawapan macam tu, dia kata itulah yang diperkatakan kepada beliau oleh leader lagi atas yang lebih berjaya.
Habis? Apa lagi yang nak dikata...

Preview / BOOM
Para pengedar Score A senantiasa mengutamakan sesi preview. Sesi-sesi paling besar dijalankan di ibu pejabat Kenshido di Kota Damansara, dan juga pejabat kumpulan ZRB di Bandar Tasik Selatan. ZRB = Zenith Rise Beyond. Jangan tanya saya apakah maksudnya. Kumpulan ini diasaskan oleh Encik Aziz bin Samad, jutawan pertama di dalam program Score A.
Kenapa sesi preview diutamakan? Sebab di dalam sesi sebeginilah taktik-taktik psychology digunakan bagi meraih minat daripada prospek. Bukan semua pengedar pandai berkata-kata dan meyakinkan prospek, jadi ramai orang-orang lama membuat persembahan di hadapan, menggunakan ayat-ayat yang penuh makna serta senario-senario biasa masyarakat bagi menyentuh hati prospek.
Ini adalah benar bagi preview di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Saya tidak faham bahasa Cina jadi saya tidak boleh komen apa yang dipersembahkan di dalam sesi mereka.
Memang kebanyakan hujah-hujah yang dibentangkan oleh pengedar-pengedar lama ataupun lebih dikenali sebagai leaders adalah benar. Misalnya ketika membuat pengiraan tentang berapa banyak wang yang diperlukan untuk menghantar anak belajar perubatan.
Isu-isu lebih mendalam turut dibawa, termasuk isu menderhaka kepada anak, dan juga kes tidak mampu untuk memberikan ibubapa apa yang mereka mahu sebelum mereka meninggal dunia. Tidak dinafikan, semuanya bukan penipuan, tetapi adalah nyata permainan perkataan ini adalah bagi menyentuh hati orang ramai.
Orang ramai kebanyakannya pula tersentuh, dan terus mengisi borang. Bagi masyarakat luar bandar yang kurang arif menggunakan Internet, saya tidak pasti siapa yang membantu mereka untuk membuat konfigurasi di dalam akaun mereka. Adakah semuanya dibantu oleh upline terhebat yang dipanggil leaders?
Salah satu perkara yang paling saya tidak senangi ialah kata mereka, ini ialah perniagaan untuk orang yang tidak cukup masa dan tidak cukup duit. Tetapi sebenarnya program ini sangatlah memerlukan masa yang banyak untuk dijalankan. Orang yang bujang amatlah mudah menjalankannya tetapi orang yang bekeluarga?
Tidak dinafikan ada orang yang bekeluarga, boleh berlagak bujang. Tetapi itu bukan isunya di sini.
Sebelum menyertai perniagaan:

- "Kita semua keluarga, upline akan membantu anda di dalam semua hal"
- "Tak apa kalau tak ada masa, kita boleh bantu membantu"
- "Siapa join saya, saya akan berikan semua ilmu secara percuma"
Selepas menyertai perniagaan:
- "Kita tak boleh manja, upline ada ramai orang yang perlu dibantu"
- "Mana kau? Dah lama tak nampak. Kau dah tak minat ke? Aku busy la tak boleh tolong bawa prospek kau ke preview"
- "Untuk NDO bayar RM70 cash, untuk TTC bayar RM35 cash, untuk SIR bayar RM248 kepada syarikat, untuk sesi kelas khas bersama sifu Aziz Samad, sila masukkan nama secepat mungkin dan bayar untuk mendapatkan tempat."
Memang benar, setelah menyertai perniagaan ini semua benda kena bayar. Pertama kali masuk, anda akan terus digesa upgrade kepada package entrepreneur yang ketika itu bernilai RM5548. Beza dengan package partner ialah RM3760.
Tetapi ada juga sesi yang diberikan percuma, terutama mesyuarat kecil kumpulan.
Lagi anda minta bantuan, lagi teruk mereka akan membuat anda rasa anda tidak cukup lagi berusaha. Kononnya untuk membuat anda tertekan dan berusaha lebih bersungguh-sungguh.
Memang tidak dinafikan bahawa leaders ini bukan semuanya orang berpendidikan dan bukan semuanya dari kalangan terlatih sebagai pengurus. Jadi mereka tidak akan faham tentang keperluan orang yang berbeza-beza dan cara untuk menguruskan orang juga berbeza-beza.

Pertama
Izinkan saya berkongsi mengenari perniagaan Score A Programme oleh Syarikat Kenshido. Bukan mengenai produk/program, tetapi mengenai perniagaan berbilang tingkat yang diamalkan.
Perniagaan ini sah di sisi undang-undang, dan mendapat pengesahan Syariah. Apa yang saya ingin kongsikan amat berharga sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai perniagaan ini.
Saya adalah salah seorang ahli, dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk memberitahu keadaan sebenar perniagaan ini. Bukan tujuan saya untuk mengambil anda sebagai downline, dan saya tidak mahu sebab saya banyak komitmen lain dan tidak boleh servis kumpulan.
Jika anda berminat dengan program ini untuk digunakan oleh anak-anak, ya saya sanggup menjualnya sebab program ini sangat bagus.

Subscribe to:
Posts (Atom)