Kenapa sesi preview diutamakan? Sebab di dalam sesi sebeginilah taktik-taktik psychology digunakan bagi meraih minat daripada prospek. Bukan semua pengedar pandai berkata-kata dan meyakinkan prospek, jadi ramai orang-orang lama membuat persembahan di hadapan, menggunakan ayat-ayat yang penuh makna serta senario-senario biasa masyarakat bagi menyentuh hati prospek.
Ini adalah benar bagi preview di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Saya tidak faham bahasa Cina jadi saya tidak boleh komen apa yang dipersembahkan di dalam sesi mereka.
Memang kebanyakan hujah-hujah yang dibentangkan oleh pengedar-pengedar lama ataupun lebih dikenali sebagai leaders adalah benar. Misalnya ketika membuat pengiraan tentang berapa banyak wang yang diperlukan untuk menghantar anak belajar perubatan.
Isu-isu lebih mendalam turut dibawa, termasuk isu menderhaka kepada anak, dan juga kes tidak mampu untuk memberikan ibubapa apa yang mereka mahu sebelum mereka meninggal dunia. Tidak dinafikan, semuanya bukan penipuan, tetapi adalah nyata permainan perkataan ini adalah bagi menyentuh hati orang ramai.
Orang ramai kebanyakannya pula tersentuh, dan terus mengisi borang. Bagi masyarakat luar bandar yang kurang arif menggunakan Internet, saya tidak pasti siapa yang membantu mereka untuk membuat konfigurasi di dalam akaun mereka. Adakah semuanya dibantu oleh upline terhebat yang dipanggil leaders?
Salah satu perkara yang paling saya tidak senangi ialah kata mereka, ini ialah perniagaan untuk orang yang tidak cukup masa dan tidak cukup duit. Tetapi sebenarnya program ini sangatlah memerlukan masa yang banyak untuk dijalankan. Orang yang bujang amatlah mudah menjalankannya tetapi orang yang bekeluarga?
Tidak dinafikan ada orang yang bekeluarga, boleh berlagak bujang. Tetapi itu bukan isunya di sini.
Sebelum menyertai perniagaan:
- "Kita semua keluarga, upline akan membantu anda di dalam semua hal"
- "Tak apa kalau tak ada masa, kita boleh bantu membantu"
- "Siapa join saya, saya akan berikan semua ilmu secara percuma"
Selepas menyertai perniagaan:
- "Kita tak boleh manja, upline ada ramai orang yang perlu dibantu"
- "Mana kau? Dah lama tak nampak. Kau dah tak minat ke? Aku busy la tak boleh tolong bawa prospek kau ke preview"
- "Untuk NDO bayar RM70 cash, untuk TTC bayar RM35 cash, untuk SIR bayar RM248 kepada syarikat, untuk sesi kelas khas bersama sifu Aziz Samad, sila masukkan nama secepat mungkin dan bayar untuk mendapatkan tempat."
Memang benar, setelah menyertai perniagaan ini semua benda kena bayar. Pertama kali masuk, anda akan terus digesa upgrade kepada package entrepreneur yang ketika itu bernilai RM5548. Beza dengan package partner ialah RM3760.
Tetapi ada juga sesi yang diberikan percuma, terutama mesyuarat kecil kumpulan.
Lagi anda minta bantuan, lagi teruk mereka akan membuat anda rasa anda tidak cukup lagi berusaha. Kononnya untuk membuat anda tertekan dan berusaha lebih bersungguh-sungguh.
Memang tidak dinafikan bahawa leaders ini bukan semuanya orang berpendidikan dan bukan semuanya dari kalangan terlatih sebagai pengurus. Jadi mereka tidak akan faham tentang keperluan orang yang berbeza-beza dan cara untuk menguruskan orang juga berbeza-beza.
Lagi anda minta bantuan, lagi teruk mereka akan membuat anda rasa anda tidak cukup lagi berusaha. Kononnya untuk membuat anda tertekan dan berusaha lebih bersungguh-sungguh.
Memang tidak dinafikan bahawa leaders ini bukan semuanya orang berpendidikan dan bukan semuanya dari kalangan terlatih sebagai pengurus. Jadi mereka tidak akan faham tentang keperluan orang yang berbeza-beza dan cara untuk menguruskan orang juga berbeza-beza.