Segalanya berpusat pada satu perkataan - duplikasi.
Oleh itu di dalam perniagaan MLM ramai orang yang akan mencatat segala yang mereka dengar dan mengulang kembali kepada downline. Padahal dia pun tidak tahu apa-apa mengenai perkara yang dikatakannya tersebut.
Setiap sesi preview, ada 90% perkara yang diulang.
Setiap kali downline mengadu, upline akan mengeluarkan satu cerita mengenai orang lain yang pernah mengalami kesusahan. Ini adalah supaya anda rasa anda tidak susah mana.
Pada saya, jika saya mengadu, saya sekadar inginkan upline memahami situasi saya dan memberikan kata-kata semangat. Bukan saya mahu cerita. Kalau saya mahu cerita, adalah lebih baik saya pergi tonton HBO HD atau membaca buku Hikayat Sang Kancil.
Ini adalah salah satu contoh duplikasi secara buta, yang diamalkan oleh kebanyakan leaders.
Jika kita mengeluh, dia kata, "buat saja" atau "just do it". Bila kita kata tak suka jawapan macam tu, dia kata itulah yang diperkatakan kepada beliau oleh leader lagi atas yang lebih berjaya.
Habis? Apa lagi yang nak dikata...